in , , ,

Popia Gulung Mini. Ini Cara Mudah Untuk Lipat Dan Petua Agar Lebih Rangup. Resipi #Ramadan

Popia gulung mini memang sedap dijadikan kudapan. Serunding ikan telah dikongsikan sebelum ini di link ini.

Jadi langkah seterusnya untuk membuat popia gulung mini. Walaupun menuntut kesabaran yang tinggi, namun hasilnya memang puas hati. Malah boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan.

“Assalamualaikum sahabat semua. Siapa tak suka makan popia gulung ni? Nak be li memang mahalkan. Kulit popia murah je, sambal ikan tu RM60/kg. Tambah pula masa dan ketelitian untuk menggulung menuntut kesabaran tinggi.

Tapi tak salah cuba buat sendiri. Pasti masing-masing ada cara tersendiri untuk buat popia gulung ni kan. Jom tengok cara mama. Manatau boleh sedikit ilmu.”

 

Bahan :

Satu paket popia 40 pcs (jenama KG @ Spring Roll – tak cepat kering dan mudah dikendalikan)

250 gm sambal ikan @ serunding ikan

Air biasa – untuk melekatkan popia

 

Cara :

1. Popia dipotong empat, kemudian potong segitiga.

2. Susun daripada atas ke bawah.

3. Letakkan sambal ikan secukupnya. Temukan hujung segitiga atas ke tengah. Gulung dan lekatkan hujung popia dengan air.

4. Tips untuk gulungan kemas, tekan sedikit gulungan popia sambil gulung. Lepas letak air, tekan sikit untuk pastikan lekatan kuat.

*Sebaiknya jemur selama lebih kurang 30 minit terlebih dahulu popia yang telah digulung untuk hasil yang lebih rangup.

5. Goreng dengan api sederhana perlahan dan perlu dibalik-balikkan. Toskan, sejukkan seketika dan simpan dalam bekas kedap udara.

Sumber : Hasifah Che Mat

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0