fbpx

Puding Orea Buat Penyejuk Tekak.

iCookAsia

Waktu hujung minggu ni mesti mak-mak dah terfikir menu untuk dihidangkan untuk keluarga kan? Apa kata sediakan Puding Oreo buat penyejuk tekak. Memang sedap, anak-anak confirm suka.

 

Bahan :

1 paket / 20gm Agar-agar tali

8 sudu besar Gula

1 tin Susu cair

1200 ml Air

1 pek Biskut oreo – original

 

Cara :

  1. Larutkan agar-agar dengan air sehingga larut di atas dapur.
  2. Selepas itu masukkan gula dan susu cair. Siap adunan, boleh bahagikan kepada tiga bahagian. Dua lapisan dimasukkan Milo dan satu lagi biarkan.
  3. Masukkan lapisan pertama dan sejukkan. Kemudian masukkan lapisan kedua dan taburkan Oreo. Sejukkan.
  4. Masukkan lapisan ketiga dan sejukkan.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto : Azila Ismail

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x