in ,

Puding Roti Marble, Rasa Yang Tidak Mengecewakan. Buat Warna Corak Ikut Kreativiti Anda.

Kebiasaanya kita buat puding roti yang cara berlainan atau sejenis yang makan bersama sos kastard kan? Tetapi kali ini, berlainan sedikit. Dan lagi lain daripada yang lain ialah puding roti marble. Kalau marble ini, mestilah bermain dengan corak kan? Nampak menarik kan? 

Terima kasih Norfazida Gda untuk perkongsian resipi Puding Roti Marble ini 🙂

Bahan-bahan:

20gm agar-agar tali

5 cawan air

1 cawan gula (suka manis lebihkan)

6 keping roti (carik-carikkan)

1 tin susu cair

3 biji telur 

2 sudu besar susu pekat

2 sudu besar tepung jagung/kastard

1 sudu besar esen vanila

2 sudu besar mentega/marjerin

Sedikit pewarna pilihan

Cara membuat:

  1. Masak agar-agar dan gula bersama air hingga hancur. 
  2. Kisarkan bahan lain kecuali marjerin dan pewarna. Masukkan ke dalam periuk agar-agar, mesti api perlahan dan sentiasa di kacau. 
  3. Masukkan mentega/marjerin, masak hingga mendidih sedikit. Tutup api, bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna, kacau sebati. 
  4. Basahkan acuan, boleh masukkan agar-agar berselang seli hingga habis. Sejuk kan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norfazida Gda (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0