in ,

Puding Roti Rasa Macam Di Kayangan. Sedap Dia Memang Boleh Buat Orang Berebut Makan.

Puding roti kayangan atau puding orang kaya. Macam kelakar bunyi nya, tapi betul betul sedap, rasa macam kaya betul hidangan ini. Ditambah pula dengan sos creamy untuk dimakan bersama puding roti. Memang betul boleh bikin terliur! 

Haa… jangan tengok je. Jom la cuba resipi ini! 

Terima kasih Munirah Jasamai untuk perkongsian resipi Puding Roti ini 🙂

Bahan-bahan:

2 kotak susu coklat

2 biji telur

1 bungkus roti coklat kismis

 

Cara membuat:

  1. Penyekkan roti dulu dalam dulang, lapik baking paper senang untuk handle

“Nak  bawak keluar ke apa, tarik baking paper tu jaa.”

  1. Hampa pukul 2 biji telur dan 2 kotak susu coklat tu dengan apa pun boleh janji dia sebati semua dan kemudian, tuang atas roti yang dipenyek tadi. 

“Biaq sat tak pa, biaq roti tu semua terendam kembang dalam susu yang dicurahkan”

  1. Preheat oven dalam 10 minit pada suhu 180 celcius. Selepas itu, masukkan roti dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 celcius. 

“macam mana hampa nak tau dah masak, susu atas tu keras gitu, bau pon semerbak dah, cucuk pi dengan lidi tengok melekat ke dak pon boleh.”

  1. Apabila sudah masak, sejukkan seketika dan masuk dalam peti ais. 

Bahan untuk Sos Creamy:

1 tin susu cair

1 tin air (sukat dalam tin yang sama)

1/2 sudu tepung jagung

1 sudu tepung kastard

5 sudu gula

Cara penyedian: Dengan api yang perlahan, kacau sampai kental. Sudah siap, bagi sos sejuk dan letak ke dalam peti ais. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Munirah Jasamai (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0