in ,

Puding Tiramisu. Sekali Adunan Boleh Dapat 33 cup. Buat Untuk Anak-Anak Dirumah, Confirm Mereka Suka!

Buat para ibu diluar sana yang nak mengisi waktu lapang dirumah. Lebih-lebih pada musim PKP ni kan. Boleh la cuba buat makanan manisan untuk keluarga dan anak-anak. Untuk jiran tetangga untuk berkongsi rezeki pun boleh. Resipi dibawah ini memang confirm menjadi dan sedap. Sebab memang dibuat untuk jual. Haa, apa tunggu lagi? Jom cuba!

Terima kasih Norliza Bahari untuk perkongsian resipi Puding Tiramisu ini 🙂

Bahan-bahan:

1 tin susu pekat

1 tin susu sejat/cair

10 tin air (guna bekas Tin susu tadi untuk sukat air)

1 pack tepung kastard 300 gram

4-6 sudu gula

Biskut marie  (nak sedap Cari jenama Munchys yang perisa kopi)

Milo secukupnya

Cara membuat:

  1. Masukkan susu sejat, susu pekat, air dan tepung kastard ke dalam periuk. Kacau bagi sebati dan kemudian baru bukak api sederhana. Kacau sampai pekat dan bekilat. Selepas itu tutup api.
  2. Masukkan kedalam loyang secara berlapis. Mula dengan kastard, biskut kemudian, tabur milo. Selepas itu, ulang lagi kastard, biskut dan milo sampai akhir sekali biar tinggal kastard sahaja.
  3. Selepas itu, blend kasar sedikit biskut dengan milo. Kemudian tabur untuk yang paling atas. Siap!
  4. Masukkan dalam peti ais (bawah sahaja) sudah sejuk boleh dimakan.

“kali ni akak guna cup panjang pula”

*1 adunan boleh dapat 33 cup.

**tengok pada bekas. “Kalau macam yang akak guna ni, tak muat masuk sekeping sekeping, jadi akak perlu hancur kan dulu. Kalau guna bekas besar, akak letak sekeping sekeping”

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norliza Bahari (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0