fbpx

Pulut Sekaya, Penuh Rasa Lemak Berkrim. Tapi Nak Buat Senang Je. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Selalunya Pulut Sekaya ni biasa didapati di bulan Ramadan, tapi memandangkan tahun ini tiada bazar dan ramai yang rindukan air tangan ibu, terpaksalah bertukang di dapur buat sendiri. Tapi jangan risau, resipi ini mudah sahaja, tak renyah. Tak perlu guna mixer.

 

Mode: pulut sekaya. Kuih org kelantan. Biasa dijual di bulan ramadhan. Nah, aku share resipi. Mudah sangat. Selamat mencuba.”

 

Bahan :

2 cwn pulut
1 cwn santan
4 keping gula melaka (terpulang)
9 biji telur
9 kuntum bunga cengkih
Garam secukup rasa

Cara :

1. Masak gula melaka, cengkih dan sedikit air sampai larut.

2. Pastikan pulut direndam dahulu dalam satu jam. Toskan pulut dan letak dalam loyang bersama santan dan garam.

3. Kukus selama 30 minit.

4. Tekankan pulut supaya mampat dan padat. Kemudian biarkan seketika agar pulut sejuk. Rehatkan dalam sejam.

5. Cara ini terpulang kepada masing-masing. Saya letakkan 1 sudu kecil tepung gandum. Ia berfungsi seperti gam, jadi bila dh masak, adunan telur dan pulut akan melekat. Setengah org buat agak terpisah.

6. Ratakan tepung pada pulut.

7. Air gula melaka dan telur digaulkan. Gaul sampai sebati.

8. Adunan tadi ditapis dan dicurah ke dalam loyang yang berisi pulut tadi.

9. Kukus lebih kurang 20 minit.

10. Ini hasil kukus 10 minit pertama.

11. Tada… Dah siap. Tapi tak boleh potong lagi. Tunggu sejuk dahulu.

12. Ni rupanya. Maaflah. Gambar kurang cantik sebab kuih ini dah dipotong.

Sumber : Otai Malaya

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x