Pelbagai jenis Kuih Raya yang kita tahu. Dan Biskut Mazola ini antara Biskut atau Kuih Raya yang wajib ada di rumah anda. Yang peminat kuih berasaskan Kacang terutamanya. Haa, yang tak makan kacang atau allergic dengan kacang, sudah pasti kuih ini bukan pilihan anda.
Tetapi buat penggemar Biskut Mazola ini, pernahkah anda cuba untuk buat sendiri di rumah? Kebiasaannya beli di luar sahaja kan? Jom untuk Raya tahun ini kita hidupkan suasana Raya dengan buat sendiri Biskut Mazola ini.
Terima kasih Khomisah Komtom untuk perkongsian resipi Biskut Mazola ini 🙂
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
3 cawan kacang tanah yang dikisar
1 1/2 cawan gula icing
1 sudu kecil garam
2 sudu butter
1 sudu kecil baking powder
Minyak jagung ikut kelembutan adunan
1 biji kuning telur untuk sapuan atas biskut
Cara membuat:
- Kacang tanah sangai (goreng tanpa minyak) buang kulitnya dan kisar sederhana halus.
- Gaulkan semua bahan-bahan di atas.
- Masukan minyak jagung sikit demi sikit sehingga adunan rata dan lembut.
- Selepas itu, boleh terap atau bulat-bulatkan ikut citarasa sendiri.
- Sapu kuning telur di atas biskut.
- Bakar pada suhu 160°c selama 15 minit. Ikut kepanasan oven masing-masing.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Khomisah Komtom (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos