fbpx

Rahsia Kuah Kacang Paling Menyelerakan.

iCookAsia

Kuah kacang merupakan antara menu yang sering dihidangkan, tidak kiralah hari raya atau hari biasa. Pelbagai cara boleh dijamah, antaranya dengan nasi impit, sate, kuah lodeh, masak sambal kacang ayam dan pelbagai lagi.

Kali ini kami kongsikan bagaimana cara menyediakan kuah kacang paling menyelerakan.

 

Bahan :

1 kg kacang tanah

1 cawan lada kisar halus

2 keping gula melaka

1 mangkuk kecil air asam jawa

Air secukupnya

1 batang serai-dititik

Garam secukup rasa

 

Bahan untuk Kisar :

7 biji bawang merah

6 ulas bawang putih

2 inci halia

2 inci lengkuas

2 sudu makan udang kering

 

Cara :

  1. Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.
  2. Kisarkan bawang merah,bawang putih,halia,lengkuas dan udang kering. Kisar halus bersama sedikit air.
  3. Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.
  4. Masukkan air asam jawa, gula Melaka dan serai yang dititik
  5. Masukkan kacang tanah, air secukupnya dan garam . Masak sehingga mendidih.Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat.

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x