in ,

Rahsia Kulit Cantik Dan Awet Muda Dengan Minum Jus Daun Pegaga Ini 1 Sekali Seminggu.

Buat para wanita, siapa sahaja yang tidak mahu kelihatan cantik selalu kan? Jom Admin kongsikan satu hidangan Jus yang boleh buat kulit anda cantik dan rahsia awet muda anda. Iaitu Jus Pegaga. Senang je penyediaan nya. Anda hanya perlu konsisten minum sekali seminggu je.

Terima kasih Nik Mazihalaura untuk perkongsian resipi Jus Daun Pegaga ini 🙂

Bahan-bahan:

Segenggam Daun Pegaga

2 gelas air

1 sudu kecil gula atau madu

Limau kasturi (diperah)

Cara penyediaan:

  1. Kisar segenggam daun pegaga dengan 2 gelas air.
  2. Campurkan 1 sudu kecil gula atau madu. 
  3. Kemudian, tapiskan dalam gelas, perah limau kasturi mengikut tahap kemasaman masing-masing. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nik Mazihalaura (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.