fbpx

Ramai Yang Sukakan Kerak Garing Bengkang Pandan. Ini Cara Paling Mudah Untuk Dibuat

iCookAsia

Rahsia keenakan Bengkang Pandan ini terletak pada kerak garing yang berbijan. Memang berebut setiap kali lepas dibakar. Malah aroma daun pandan menambahkan lagi keenakan bengkang pandan atau kuih bakar ini.

Resipi perkongsian Noor Hayani Nani Hashim ini diambil daripada Makcik Ratu dan diolah mengikut citarasa sendiri.

 

Bahan :

1 cawan Telur

1 cawan Gula – boleh kurangkan

1 cawan Air perahan pandan

1 cawan Santan pekat/ 1 kotak kecil 200mlm

1.5 cawan Tepung gandum

Pes pandan – boleh gantikan dengan esen vanila

Secubit garam

Sedikit pewarna hijau

 

Cara :

  1. Gaul sebati semua bahan dan tapis dua hingga tiga kali. Boleh juga kisar sebati,
  2. Panaskan dahulu ketuhar selama 15 minit.
  3. Griskan loyang dengan butter atau marjerin. Tuang adunan dan bakar pada suhu 180c selama satu jam menggunakan api atas bawah.
  4. Untuk 15 minit pertama, keluarkan dan tabur bijan.
  5. Sambung bakar lagi 45 minit. Kemudian tambah lagi 15 minit bakar mengunakan api atas sahaja untuk garingkan kulit.

Kredit resipi & foto : Noor Hayani Nani Hashim

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x