fbpx

Rangup Di Luar Lembut Di Dalam, Ini Dia Cara Buat Honey Butter Biscuits Ala Texas Chicken

iCookAsia

Siapa di sini peminat Texas Chicken? Kalau anda semua nak tahu, Honey Butter Biscuit merupakan salah satu makanan yang menjadi tumpuan ramai orang di Texas Chicken tau. Ia didatangkan dalam satu set bersama ayam, kalau anda nak beli biskut itu sahaja pun boleh.

Tapi kali ni, anda semua boleh buat di rumah sahaja. Jom Admin share

Terima kasih Mazah Dollah untuk perkongsian resipi Honey Butter Biscuits ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A:

2 1/2 cawan tepung self-raising

Gula 40g (Tahap manis mengikut kesukaan masing-masing)

115g butter Lurpak yang sejuk

100g fresh milk, 40g whipping cream dan 1 sudu besar cuka (campurkan)

Bahan B:

Glaze

30g butter (cairkan)

30g madu

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, satukan semua bahan-bahan A.
  2. Gaulkan semua bahan.
  3. Kemudian, gaul sehingga menjadi breadcrumbs.
  4. Masukkan susu yang sudah dicampur dengan cuka tadi.
  5. Seterusnya, uli sehingga doh tidak melekat di tangan. Uli dengan kadar manja- manja sahaja.
  6. Bentukkan menggunakan sudu atau scoop atau boleh bentukkan mengikut kesukaan masing-masing.
  7. Bakar pada suhu 180°C selama 20 minit.
  8. Selepas memasak, sapukan cairan butter dan madu.
  9. Kemudian, masukkan kembali dalam oven dan bakar selama 5 minit menggunakan suhu 190° C guna api atas sahaja.
  10. Apabila siap dibakar, sapu butter sahaja untuk nampak lagi berkilat.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mazah Dollah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x