in , , ,

Rangupnya Ikan Celup Tepung, Guna Tepung Yang Betul Agar Rangup Dan Rapuh Macam Dekat Kedai.

Kalau ke Terengganu atau Kelantan, memang wajib cari Ikan Celup Tepung. Hidangan laut segar dengan kerangupan yang cukup enak, makan tiap-tiap hari pun sanggup. Resipi yang dikongsikan Achik Ita Jsd Kelantan ini memang menepati kriteria dan hasilnya rangup sampai ke petang.

Pesan Achik Ita, ada dua jenis tepung yang boleh digunakan dan tidak perlu lagi tambahan tepung lain. Untuk orang Terengganu, gunakan Tepung beras Cap Tiga Teratai manakala jika di Kelantan, boleh gunakan Tepung beras Cap Golden Coins.

Resipi ini boleh digunakan untuk menggoreng pisang, cempedak, ikan, udang, sotong, ubi, ketuk ubi kayu dan kasturi.

Bahan :

500 gm Tepung beras

1 biji Telur

1 sk Serbuk kunyit

1 sk Garam

2 sb Gula

Secubit kapur makan

Sedikit serbuk pewarna kuning – pilihan

Air secukupnya

 

Cara :

  1. Bancuh semua bahan.
  2. Panaskan minyak yang banyak menggunakan api besar. Biarkan minyak betul-betul panas dan baru masukkan bahan celup.
  3. Jangan rendam bahan celup terlalu lama dalam tepung kerana nanti tepung pekat dan tak berabuk.
  4. Wajib gunakan minyak yang banyak untuk gorengan deep fried.

Kredit resipi & foto : Achik Ita Jsd Kelantan

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0