in ,

Raya Lambat Lagi. Tapi Jom Berlatih Masak Rendang Dari Sekarang. Resepi #Ramadan

Raya tidak akan lengkap tanpa lauk Rendang, betul tak? Sesuai digandingkan bersam Nasi Impit atau lemang. Sedap betul. Terfikir pada waktu bulan Ramadan, dan cuaca panas-panas ini pasti sudah membuatkan anda terliur.

Apa kata kita buat sahaja hidangan Rendang Ayam ini sekarang. Boleh practice buat dan boleh dirasa untuk tengok penambahbaikkan masakan untuk pagi Raya nanti. 

Terima kasih Zainoor Aliza Ali untuk perkongsian resipi Rendang Ayam ini 🙂

Bahan A 

Bunga lawang

Kulit kayu manis

Buah pelaga

 

Bahan B (dikisar halus kecuali serai diketuk)

4 labu bawang merah

8 ulas bawang putih

3 potong halia

3 potong lengkuas

1 genggam cili api

3 sudu besar cili kering kisar (ikut kepedasan)

2 sudu besar kunyit serbuk

4 sudu besar ketumbar

2 sudu besar jintan manis

4 batang serai

 

Bahan C

1 ekor ayam

1 cawan air

4 cawan santan pekat

Bahan D

1 biji kelapa untuk kerisik (5 sudu)

2 asam keping

Garam

3 helai daun kunyit

3 helai daun limau purut

Cara memasak:

  1. Bahan A ditumis. 
  2. Masukkan Bahan B. Kacau perlahan hingga  terbit sedikit minyak dan agak garing.
  3. Masukkan Bahan C. Biarkan mendidih dan apabila ayam sudah masak dan agak likat, masukkan Bahan D. Masaklah hingga sedikit kering.

Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zainoor Aliza Ali (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0