Bahan-bahan:
Kek batik:
600g biskut marie
200g Marjerin SERI PELANGI
5 sudu serbuk koko
3 sudu susu pekat
1/2 cawan air masak
Cara membuat:
1. Masukkan marjerin SERI PELANGI hingga cair, manis , guna api kecil sahaja.
2. Kemudian, terus masukkan susu pekat. Kacau rata.
3. Masukkan serbuk koko. Kacau cepat – cepat untuk elakkan berketul. Kena sentiasa kacau ya.
4. Kemudian, kacau dulu bagi rata dan masukkan air. Kacau sebati biarkan kesemuanya sekata.
5. Asingkan sedikit bancuhan ke dalam mangkuk untuk jadikan topping berkilat di atas permukaan kek batik
6. Akhir sekali, masukkan biskut. Kacau rata bagi semua biskut bersalut coklat. Boleh tutup api.
7. Terus masukkan semua ke dalam bekas. Sis tak de loyang, so masuk je dalam bekas yg tak melekat. Tekan untuk padatkan.
8. Sejukkan ke dalam peti ais , dan bawa keluar,
9. Tuangkan lebihan topping coklat.
10. Potong ikut suka. Sedia untuk dinikmati.