fbpx

Red Velvet Moist Cheese, Mudah Je Buat, Kukus Kek Bersama Cheese. Tak Muak Dan Gebu.

iCookAsia

Cara membuat Kek Red Velvet Moist Cheese ini sangat mudah kerana tidak perlu dimasak dua kali, sebaliknya adunan kek dan cheese dikukus bersama. Walaupun bahan-bahan yang digunakan agak banyak, namun hasilnya memang menggiurkan.

 

Bahan 1 :

3 biji Telur gred B

½ cawan Gula

Setitik Esen vanilla

 

Bahan 2 :

½ cawan Susu full cream

2 sb Susu pekat

1 sb Cuka masakan

½ cawan Minyak

Pewarna merah – sukat guna 2 penutup pewarna

 

Bahan 3 – ayak :

1 ½ cawan Tepung gandum

2 sb Serbuk coklat

2 sb Horlick

1 sk Soda bikarbonat

1 sk Baking powder

 

Bahan cheese :

60 gram cheese

1 sb susu pekat

1 sb gula

2 sb tepung

⅓ cawan susu full cream

 

Cara :

  1. Mixer bahan 1 sehingga kembang dan putih.
  2. Kemudian masukkan bahan 2 ke dalam bahan 1 dan mix lagi sehingga sebati.
  3. Selepas itu, masukkan bahan 3 dan gaul bersama. Hanya kaup balik adunan supaya sebati. Jangan pukul terlalu lama.
  4. Masukkan adunan ke dalam acuan atau loyang. Resipi ini menggunakan loyang saiz 6”.
  5. Dalam bekas yang lain, putar bahan cheese sehingga sebati dan lembut kemudian tuang adunan ke atas adunan kek tadi. Letakkan menggunakan sudu atau senduk dan buat setompok demi setompok dan carik menggunakan lidi untuk mencorakkannya.
  6. Adunan cheese akan tenggelam, tetapi jangan risau, selepas terkena air kukusan panas, dia akan naik sendiri.
  7. Kukus selama 45 minit atau sehingga masak menggunakan api sederhana kecil.

Kredit resipi & foto : Eiza Musa

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x