X

Rempah Nasi Kabsah Atau Nasi Arab. Tak Perlu Nak Beli Rempah Mahal Lagi. Resipi #Ramadan

Adunan untuk pes nasi kabsah ini boleh disediakan awal sebagai persediaan untuk raya nanti. Ini hanyalah bahan utama, bahan sampingan yang lain harus ada juga ya.

Cara ini amat menjimatkan memandangkan rempah yang dijual di luar agak mahal.

Menurut pemilik resipi, untuk nasi kabsah, tumis bawang merah, halia, daun bay dan cili hijau. Dan sediakan juga air rebusan ayam untuk memasak nasi.

“Hari ni sis nk kongsi cara buat rempah kabsah atau rempah nasi arab..

Sis buat siap2.. Nnt raya boleh sis masak nasi arab ni utk ank2..

Utk sekilo beras cuma guna 3 sudu besar jer rempah.. Yg lebih boleh di simpan.”

 

Bahan Sangai :

2 sudu besar ketumbar

1 sudu besar lada

1 sudu besar bunga cengkih

1 sudu besar jintan manis

1 sudu Jintan putih

1 sudu besar buah pelaga

Cara :

1. Sangai semua bahan dan kisar kering.

2. Kemudian campurkan dengan 1 sudu besar serbuk kunyit dan 1 sudu besar serbuk cili. Gaul sebati.

3. Untuk memasak, gunakan 3 sudu besar untuk 1 kilogram beras.

Sumber : Norzaleha Umar‎

 

 

iCookAsia:

This website uses cookies.

Read More