in , , ,

Rempeyek Ikan Bilis Dan Kacang. Buat Sendiri Lagi Puas Hati. Resipi #Ramadan

Kalau beli rempeyek, selalunya ada seekor je ikan bilis dan beberapa ketul kacang kan? Tak puas rasanya nak makan. Sebab itu lebih berbaloi buat untuk makan sendiri, letaklah berapa banyak ikan bilis pun, tak ada siapa nak marah.

“Puas hati buat sendiri.Letakla bilis 10 ekor ke.Kacang 10 biji.Favourite nya.Ni kerja suami yg mmg mahir bab merempeyek. Wah!ye sy share resepi.Tapi ni sukatan orang rumah.Mcmnila lebih kurang caranya.”

 

Bahan :

3 cawan tepung beras (guna cap Gajah)

1 cawan tepung ubi

2 sb tepung jagung

¹/² cawan Ketumbar (kisar kering)

1 sb jintan manis (kisar kering)

200g udang kering (kisar kering)

2 biji telur

1 cawan santan

Garam secukup rasa

Air agak-agak (bancuhan jangan pekat,jangan cair sangat)

Cara :

1. Bancuh semua adunan di atas dan boleh mula menggoreng. Letaklah kacang dan ikan bilis mengikut selera. Selamat mencuba.

Tips icookasia : Jika menggunakan kacang dhal atau kacang hijau, seeloknya direndam semalaman dahulu untuk memudahkan ia rangup dan garing. Untuk kacang tanah, boleh disangai terlebih dahulu atau dibakar separuh masak supaya kacang tak lemau.

Sumber : Suhada Ghads

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0