fbpx

Rendang Ayam Berkuah. Sesuai Untuk Yang Baru Nak Belajar Masak

iCookAsia

Masih ada lagi yang merendang hari ini? Rendang selalunya makin lama dipanaskan makin sedap kerana semua rempah telah serasi bersama.

 

“Siapa suka rendang yang berkuah macam ni. Letak daun kunyit+ daun limau potong halus2..

puas makan rasanya.. anak2 abis diaorg cicah dgn roti, cekodok dan lain2.”

 

Bahan :

2 ekor ayam

1 ketul Gula melaka ( gula pasir pun boleh ikut citarasa msg2)

500 ml Santan pekat

Asam keping, garam, perisa

Kerisik

Daun kunyit dan daun limau ( hiris halus)

 

Bahan kisar :

20 ulas Bawang putih

30 labu Bawang merah

3 ketul Kunyit hidup *sedang*

2 ketul Halia *sedang*

1 ketul Lengkuas (dalam 2 1/3 inci)

1 genggam Cili padi (ikut nak pedas mana)

1 senduk Cili kisar

10 batang Serai

 

Cara :

1. Masak ayam dalam kuali sehingga air ayam kering dan sampai ayam separuh masak.

2. Tumis bawang putih, bawang merah dan masukkan cili kisar. Tumis rata dan kemudian masukkan halia, kunyit, lengkuas, cili padi dan serai. Masak sehingga pecah minyak. Terus masukkan gula melaka, garam, asam keping dan sedikit perisa.

3. Masukkan ayam dan gaulkan. Selepas itu masukkan santan dan kacau sehingga mendidih. Kemudian masukkan kerisik. Bila dah agak pekat, masuk hirisan daun kunyit dan daun limau.

https://www.facebook.com/lieza.hashim.7/videos/pcb.3157355877921040/3739508579422905/?type=3&theater&ifg=1

Sumber : Lieza Hashim

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x