fbpx

Rendang Ayam Kurang Pedas Untuk Anak-Anak.

iCookAsia

Kadang kala kasihan juga apabila melihat anak-anak hanya mampu memandang ibu bapa menjamah rendang ayam, nak cuba makan, tak kena dengan selera dan tahap kepedasan. Resipi rendang ayam perkongsian Aishah Sidek ini masih menggunakan bahan yang sama, cuma sukatan cili dikurangkan mengikut skala kepedasan kanak-kanak.

Disertakan juga langkah demi langkah bagi memudahkan sesiapa yang ingin belajar memasak rendang. Hidangan yang nampak kompleks, namun mudah je sebenarnya. Korang je tak pernah cuba kan?

 

Bahan Hiris :

15 labu Bawang merah

12 ulas Bawang putih

1 inci Halia

Bahan lain :

Seekor ayam – gaul dengan garam kunyit

4 sekawan

2 sb Cili kisar – boleh kurang

1 kotak kecil Santan

4 batang Serai – diketuk

2 sb Kerisik

 

Cara :

1. Tumis bahan hiris dan 4 sekawan sehingga layu.

2. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga wangi.

3. Masukkan ayam yang telah digaul dengan garam dan kunyit tadi. Gaul rata.

4. Selepas itu, masukkan santan satu kotak.

5. Masukkan pula serai yang telah diketuk.

6. Dan akhir sekali masukkan kerisik.

7. Perasakan dengan gula dan garam. Gaul rata dan sedia untuk dihidang.

Kredit resipi & foto : Aishah Sidek

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x