fbpx

Rendang Ayam Step By Step. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Pejam celik lagi satu hari sahaja kita akan menyambut Aidilfitri. Rendang ayam antara hidangan yang wajib disediakan pada pagi raya kan? Apa kata kita cuba versi resipi yang dikongsikan kali ini. Mudah dan menyelerakan. Disertakan langkah demi langkah bagi mereka yang baru nak belajar.

 

Bahan Kisar :

Bawang merah

Bawang putih

Cili Padi

Halia

Lengkuas

Kunyit

Serai

 

Bahan :

1 ekor Ayam

Cili boh

Garam

1 kotak kecil Santan

Gula merah

Kerisik

Daun limau – hiris halus

Daun kunyit – hiris halus

 

Cara :

1. Panaskan minyak. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Tumis sehingga naik bau.

2. Selepas tumis beberapa minit, masukkan cili boh (agak-agak) kerana cilia pi yang dikisar tadi sudah pedas.

3. Kacau sebati.

4. Kemudian masukkan ayam yang sudah siap dibersihkan. Gaul rata.

5. Perasakan dengan garam. Ikut suka nak gunakan garam halus atau kasar.

6. Selepas itu, masukkan santan segar atau santan kotak.

7. Tambahkan satu setengah air masak dalam santan kotak tadi.

8. Kerap mengacau agar rendah tidak hangus di bawah.

9. Apabila rendang agak kering, masukkan gula melaka.

10. Diikuti kerisik.

11. Selepas itu, masukkan daun limau dan daun kunyit.

12. Masak sehingga daun limau dan daun kunyit layu. Tutup api.

Sumber : Nurul Jannah Zakariar‎

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x