fbpx

Rendang Daging Hitam, Sedap Dimakan Untuk Makan Tengahari. Tambah Santan Kalau Suka Berlemak.

iCookAsia

Bila bercakap lauk Rendang Daging ni mesti teringat pada musim perayaan kan? Tapi bukan pada musim perayaan je boleh buat dan masak masakan ni. Sesekali teringin tu, jom la buat. 

Paling senang ikut resepi daripada seorang pengguna Facebook ini. Hasilnya memang kuah pekat likat. Kalau anda lebih suka masakan rendang Daging Hitam berlemak, boleh tambah santan pekat. Jom cuba!

Terima kasih Maz Samad untuk perkongsian resipi Rendang Daging Hitam ini 🙂

Bahan-bahan:

1kg Daging Lembu 

1 cawan kerisik

1 kole air bagi renehkan daghing

3 sudu Kicap Lemak Manis

2 sudu makan Gula Merah

2 sudu makan Cili mesin

5 biji Bawang 3 biji Bawang Putih 3 inci Halia (dikisar halus)

3 batang Serai (diketuk)

1 sudu Jintan Manis dan Ketumbar (di sangai dan kisar)

4 sekawan

2 keping Asam Keping

Garam dan Serbuk Perasa

Daun Limau dan Daun Kunyit

*Bagi yang suka lebih lemak boleh juga letak 1 cawan santan pekat

Cara memasak:

  1. Tumiskan bahan kisar Bawang dahulu sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan Serai, Jintan dan juga cili kisar dan tunggu sampai pecah minyak. Api perlahan ya.
  3. Selepas itu, masukkan daging dan air untuk renehkan daging.
  4. Seterusnya, lebur kan bahan-bahan yang masih ada lagi tu semua.
  5. Agak-agak sudah lembut daging tu baru masukkan Daun Limau dan Daun Kunyit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Maz Samad (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x