X

Rendang Daging Power. Buat Sendiri Rempah Rendang. Buat Melepas Rindu Dekat Orang Tua Di Kampung. Resipi #Ramadan

Selalunya waktu-waktu begini, sudah ramai anak perantau yang pulang ke kampung kan? Nak buat persediaan untuk beraya dan mak-mak tentu sibuk menganyam ketupat, bapa pula dah mula kusut kepala nak cari lemang, sabut kelapa nak masak dodol.

Namun raya 2020 sesuatu yang cukup di luar jangkaan dan menguji keimanan. Beraya sekadar seadaanya, dan waktu inilah kita nak mencuba sendiri masak untuk keluarga kan? Dan rendang merupakan hidangan wajib yang kena ada di pagi raya, barulah terasa kemeriahannya. Resipi ini telah dikongsi lebih 300,000 pengikut di laman Facebook dan confirm disahkan keenakannya.

“Siap rendang daging power😘.. ketupat mana ketupat?? 😍😍”

 

Bahan Sangai :

1 sudu besar biji ketumbar

1 sudu besar jintan manis

1 sudu besar jintan putih

1/2 sudu besar lada hitam

5 tangkai cili kering

* sangai menggunakan api perlahan sehingga cili kering jadi rapuh. Kemudian kisar kering sehingga halus. Ketepikan.

 

Bahan kisar :

5 ulas bawang merah kecik

4 ulas bawang putih

2 inci halia

2 inci kunyit hidup

4 btg serai

10 tangkai cili kering (rebus dulu) nak pedas boleh lebihkan

 

Bahan :

1 kg daging (potong nipis) @seekor ayam

3 sudu besar kerisik

Minyak masak secukupnya

1 kilo santan

Garam

Daun kunyit (hiris halus)

 

Cara :

1. Tumis bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak.

2. Kemudian masukkan rempah yang dikisar halus tadi dan kacau sebati.

3. Selepas itu, masukkan daging. Air daging akan keluar sendiri dan biarkan sehingga agak kering.

4. Apabila air daging dah agak kering, masukkan santan dan masak sampai pekat.

5. Masukkan kerisik dan tabur daun kunyit.

6. Perasakan dengan garam. Saya tidak suka rendang yang manis, namun kalau suka manis, nak letak gula pun boleh.

7. Rendang ini boleh difrozenkan. Bahagikan kepada beberapa bekas dan simpan di tempat sejuk beku. Jika ada tetamu datang mengejut, boleh hidangkan dengan ketupat atau lemang.

8. Rendang ini tiada lengkuas, namun boleh tambah jika suka. Ikut selera masing-masing.

Sumber : Zaimah Zakaria

iCookAsia:

This website uses cookies.

Read More