in

Rendang Minang Negeri Sembilan, Salah Satu Resepi Rendang yang Wajib Cuba!

Seperti yang kita tahu, rendang daging ada pelbagai jenis resepi. Terdapat juga pelbagai teknik untuk menghasilkan rendang yang sedap. Selain dari rendang kuning Negeri Sembilan, rendang minang Negeri Sembilan juga popular dengan keenakannya. Di sini saudari Nor Hafizah kongsikan caranya.

Bahan A (mayang halus)

6 batang serai (amik setengah yang sampai putih, setengah lagi titik dan masuk dalam rendang

2 biji bawang besar

6 ulas bawang putih

3 inci halia

Bahan B (blend halus)

4 inci kunyit

10 tangkai cili kering

20 tangkai cili padi

3 inci lengkuas

Bahan C

Daging hiris 1 kg

Bahan D

1 kg santan pekat jgn campur air pun

Hiasan

Hiris halus 2 helai kunyit dan masukkan selepas tutup api

CARA-CARA

  1. Campurkan bahan A B dan C dlm kuali dan masak sampai kering dan daging separuh empuk.
  2. Masukkan santan pekat dan masak hingga kering dan daging lembut.
  3. Perasakan dengan garam. Siap

Rendang ni akan berminyak hasil dari santan.

Selamat mencuba!

Kredit: Nor Hafizah

 

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0