in ,

Reseipi Lempeng Yang Pernah Viral Dulu-Dulu. Masih Tidak Ketinggalan Kalau Nak Cuba! Mudah Je…

Hidangan lempeng ini sangat sesuai untuk sarapan pagi. Diganding pula dengan sambal tumis atau susu pekat manis. Haa.. kalau di rumah ada sambal nasi lemak lebih tu, boleh la buat lempeng pula. Senang Je!

Terima kasih Jalilah JJ untuk perkongsian resipi Lempeng ini 🙂

Bahan-bahan:

3 senduk rata tepung gandum  

1 biji telur

1 sudu kecil mauripan

2-3 sudu gula

Sedikit garam 

3 senduk air ikut senduk yang digunakan

https://www.facebook.com/100000764996791/videos/1842564422445706/

(pastikan adunan tidak cair dan tidak pekat sangat) 

Cara membuat:

  1. Kacau sebati semua bahan dan biarkan adunan lebih kurang 1 jam. 
  2. Kemudian, masak seperti masak lempeng biasa.

Resepi turun temurun ibuku. Satu family suka! Sedap dicicah dengan sambal tumis atau susu pekat manis. 😘

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Jalilah JJ (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0