in ,

Resepi Anti-Gagal, Kuih Apam Coklat. Hasilnya Memang Lembut Dan Gebu Gebas.

Kalau hidangan kuih-muih Apam Nasi sudah biasa buat anda. Ini dia resepi Kuih Apam Coklat yang sangat lembut. Memang kuih sudah menjadi kebiasaan. Tetapi jika sudah selalu sangat orang buat yang warna-warni, apa kata kita back to basic iaitu membuat Apam Coklat. 

Tak rugi ikut resepi di bawah ini. Sudah pasti hasilnya betul-betul gebu. Jom!

Terima kasih Asrinna Bakri untuk perkongsian resipi Apam Coklat ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan serbuk koko

1 cawan gula

1 cawan marjerin

1 cawan susu cair

3 biji telur gred A

1 ¼ cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil baking soda

Cara membuat:


1. Satukan serbuk koko, gula, marjerin dan susu cair dalam kuali.

2. Panaskan dengan api sederhana. Sekadar nak sebatikan bahan dan larutkan gula. Sejukkan.


3. Ayak tepung, baking powder dan baking soda bersama.

4. Tuang sikit-sikit tepung dalam adunan. Gaul sebati.


5. Sapukan minyak pada acuan. Tuang aduan dalam acuan. Kukus 30 minit. Pastikan air kukusan telah panas menggelegak ya.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Asrinna Bakri (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0