fbpx

Resepi Apam Gebu, Boleh Dimasak Berbagai Perisa, Kanak-kanak Pasti Gemar!

iCookAsia

Kebiasaannya, kuih apam dimakan di waktu pagi sebagai sarapan. Kuih ini akan dimakan bersama kelapa parut. Dengan menggunakan Krimer Manis SAJI, pelbagai perisa boleh dicuba. Saudari Badariah Abdrahman ada kongsikan resepinya. Katanya, beliau juga selalu menggunakan Krimer Manis SAJI yang lain dan sedap dimakan walaupun tanpa kelapa parut. Resepi ini menggunakan Krimer Manis Jagung SAJI. 

BAHAN-BAHAN

1 cawan tepung gandum

1 sudu makan yis

4 sudu makan gula 

¾ cawan air

3 sudu makan Krimer Manis Jagung SAJI

CARA-CARA

  1. Campurkan tepung gandum, yis, gula, dan air. Gaul sehingga sebati.
  2. Masukkan Krimer Manis Jagung SAJI, pukul sehingga sebati.
  3. Tunggu sehingga kembang, dan kacau semula.
  4. Sapu minyak pada acuan, dan tuang. Biar kembang semula baru kukus (panaskan dahulu pengukus)
  5. Masak dalam 10 ke 15 minit. Siap.

Selamat mencuba! 

Untuk dapatkan perkakas memasak yang berkualiti, layari https://shop.icookasia.com/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x