in ,

Resepi Apam Jagung Gebu Gebas

Kuih yang mudah dibuat dan enak dimakan bila-bila masak. Jom cuba resepi Apam Jagung ini. Nak buat senang, nak habiskan lagi senang.

Terima kasih Badariah Abdrahman untuk perkongsian resipi Apam Jagung ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum

1 sudu makan yis

3 sudu makan Krimer Berperisa Jagung

4 sudu makan gula pasir

¾ cawan air suam

Cara memasak:

  1. Dalam bekas masukkan tepung, yis, air dan gula. Kacau rata.
  2. Masukkan krimer dan kacau lagi sehingga sebati dan halus. Perap adunan sehingga kembang.
  3. Mix lagi dan sapukan minyak pada acuan. Sementara itu panaskan pengukus.
  4. Apabila sudah kembang lagi, kukus sehingga masak.

Untuk hasil kukusan yang cantik, gunakan SHEFU 32cm 3 Tier Steamer with Tempered Glass Lid.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Badariah Abdrahman(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.