in ,

Resepi Apam Susu Yang Mudah. Buat Sampai Terror, Boleh Buat Jual. Confirm Banyak Permintaan!

Apam Susu ini pernah viral pada tahun lepas. Disebabkan coraknya yang sangat cantik dan lembut pada teksturnya. Tetapi, ada antara anda yang membaca ini belum pernah buat atau berkesempatan untuk mencuba? Ha, sebelum PKP tamat dan sementara ada masa lapang, apa kata kita mengasah bakat memasak? 

Jangan risau kalau takut tidak menjadi. Boleh ikut sahaja resipi dibawah ini!

Terima kasih Wanie Ramli untuk perkongsian resipi Apam Susu ini 🙂

Bahan-bahan:

4 biji telur gred A

Susu pekat 4 sudu besar

Gula 1 cawan (boleh kurangkan jika tidak suka manis sangat)

Esen vanilla sudu teh kecil

Ovalette 1 sudu besar

Tepung 2 cawan (diayak)

Cara penyediaan:

  1. Blend telur, susu, gula, esen vanilla, ovalette sampai kembang.
  2. Kemudian tuang ke dalam bekas dan masukkan sikit demi sedikit tepung gandum yang diayak tadi. Kacau sehingga sebati.
  3. Asingkan 3 ke 4 bekas. Dan warnakan ikut warna kesukaan.
  4. Masukan dalam loyang secara selang seli untuk dapatkan corak seperti dalam gambar.
  5. Panaskan periuk kukus sehingga air mendidih. Kemudian kukus selama 40 minit atau sehingga masak.

*Jangan lupa sapukan marjerin pada loyang. Untuk elakkan kek melekat pada acuan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Wanie Ramli (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0