in ,

Resepi Ayam Goreng Seringgit Yang Terlajak Sedap Dan Laku! Nak Lagi Senang, Boleh Guna Tepung Bestari Je.

Hasil daripada pujian anak, sekarang ini telah berjaya menjual Ayam Goreng yang bernilai RM1 ini. Memang laku. Siapa sahaja yang tidak mahu kan? Harga yang sangat murah dan rasa yang rangup dan sedap. Selepas ini, boleh cuba di rumah dan boleh la mula berniaga sambilan.

Terima kasih Murni Rahmat untuk perkongsian resipi Ayam Goreng ini 🙂

Bahan-bahan:

Ayam seekor (dipotong 22-24)

5 ulas Bawang putih

1 biji bawang besar saiz kecik

1 inci Halia 

1 sudu kecil Lada hitam 

1 sudu kecil Lada putih

1 sudu besar Serbuk kari 

Garam dan serbuk perasa adabi secukupnya

Caranya: Kisar ke semua bahan sehingga halus dan perap pada ayam. 

 

Bahan untuk Tepung Salut:

1 cawan tepung bestari pedas

2 cawan tepung gandum (gunakan jenama Ros sebab ayam akan lebih garing dan rangup)

1 sudu tepung ubi/beras

Caranya:

  1. Perapkan ayam dengan bahan kisar dan tambah sedikit tepung kering dalam 3 sudu.  Perapkan dan sediakan 1 bekas untuk gaul ayam. Tuang sedikit tepung.
  2. Masukkan ayam dalam 5-6 ketul.
  3. Sendukkan tepung salut ke atas ayam.
  4. Gaul tepung pada ayam (ramas sedikit).
  5. Bila tepung sudah disalut dengan elok, goreng kan ayam pada minyak yang sederhana panas.

*boleh salut sebanyak dua kali untuk kesan lebih rangup.

  1. Goreng ayam dalam minyak yang banyak dan sehingga ayam tenggelam ye (untuk jimat minyak boleh pakai periuk kecil).
  2. Tutup periuk semasa goreng ayam dan buka penutup di minit terakhir sebelum ayam masak, cara ini akan buat ayam rangup diluar dan berjus didalam.

“untuk lebih senang. Boleh sahaja pakai Tepung Bestari tanpa ada campuran tepung lain. Tetapi sebab saya cuma meniaga ayam goreng seringgit, saya kena kreatif untuk jimatkan kos (ayam mahal weh 😂

*boleh juga pakai Tepung Bestari yang tidak pedas atau apa-apa tepung goreng yang lain.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Murni Rahmat (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.