fbpx

Resepi Ayam Goreng Versi Tomyam. Simple Tapi Sedap!

iCookAsia

Kebiasaannya kita makan ayam goreng biasa kan? Tapi resepi yang Admin nak share kali ni, diolah sikit menjadi Ayam Goreng Tomyam. Dengar pun dah tau sedap ni. Dengan aroma wangi tomyam dan kelembutan ayam tu, memang buat terliur.

Meti tak sabar kan? Jom kita try.

Terima kasih Ina Mat Isa untuk perkongsian resipi Ayam Goreng Tomyam ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

 1/2 ekor ayam (potong kecil, goreng separuh masak)

Cili (hiris)

Tomato (belah empat)

1 sudu besar pes tomyam (bancuh dengan sedikit air limau nipis)

Air sedikit

1 batang serai (Diketuk)

Daun ketumbar

Bahan B (Untuk Tumis):

Bawang merah hiris

Halia

Bahan C (Hiasan):

Daun ketumbar

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris tadi.
  2. Seterusnya, apabila bahan tumis tadi sudah wangi, masukkan ayam dan gaul sebati.
  3. Masukkan pes tomyam yang dibancuh dengan air limau tadi. Gaul-gaulkan. Masukkan cili.
  4. Kemudian, jika rasa ia sudah pekat, masukkan sedikit air.
  5. Tutup api, masukkan buah tomato dan daun ketumbar. Gaul-gaul.
  6. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ina Mat Isa(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x