in

Resepi Ayam Kicap Pedas Manis, Makan Seketul Memang Tak Cukup!

Ayam masak kicap ni memang lain dari yang lain, dimasak dengan cukup rasa pedas dan manis, makan seketul memang tak cukup. Resepi ini dikongsi oleh saudari Maya Miera
BAHAN- BAHAN.
12 ketul ayam
2 sudu biji ketumbar
1 1/2 labu bawang putih
Kunyit
Garam
Daun kari
Daun bay
2 senduk kicap manis
1 senduk sos tiram
15 biji cili padi
2 biji cili merah
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar
Sedikit halia
Cara-caranya
1. Blend ketumbar dan 1/2 labu bawang putih.
2. Masukkan bahan yang dah dikisar bersama ayam, kunyit dan garam, perap dalam 1/2 jam dan goreng garing/sehingga ayam masak. Ketepikan.
3. Tumbuk cili padi, cili merah, halia, bawang besar, bawang merah dan selabu bawang putih (boleh juga guna chopper)
4. Tumis bahan tumbuk tadi menggunakan baki minyak goreng ayam tadi.
5. Masak bahan2 tu sehingga garing dan pecah minyak.
6. Masukkan kicap dan sos tiram masak lagi dalam 3-4 minit, kalau nak masukkan perasa pun boleh.
7. Masukkan ayam gaul sekata, dah boleh tutup api. Siap.
Cuba taw! Sedappp!!
Kredit: Maya Miera
Dapatkan barangan memasak yang berkualiti pada harga berpatutan di https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0