in

Resepi Ayam Korea Versi Pedas dan Tak Pedas, Mudah dan Sedap Sangat!

Duduk rumah tak tahu nak masak apa? Jom cuba Resepi ayam ala korea yang sedap sangat dan mudah! Siap ada versi pedas dan versi tak pedas tau, jadi semua pun boleh makan 😁

BAHAN-BAHAN

8 ketol sayap ayam

2 paket serbuk ayam goreng seri aji (separuh untuk perap semalaman)

BAHAN SOS

1 biji bawang putih

2 biji cili padi (versi pedas 5 biji cili padi)

5 sudu sos cili (versi pedas 8 sudu sos cili)

5 sudu madu

2 sudu sos tiram

1 sudu plum sos

Minyak untuk menumis

CARA-CARA

  1. Ambil sedikit tepung goreng seri aji dan lumut pada ayam. Perap semalaman.
  2. Pecahkan telur dalam bekas berisi ayam dan gaulkan.
  3. Golekkan ayam atas tepung dan goreng hingga masak.
  4. Untuk sos, tumis semua bahan dan lumurkan pada ayam goreng.

 

Nota:

Nak ayam yang rangup di luar dan lembut di dalam, goreng dalam periuk dan tutupkan periuk masa menggoreng. Dah masak.. angkat dan toskan.

Selamat mencuba!

Kredit : Ina Sehot

Untuk dapatkan peralatan memasak yang berkualiti, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.