in

Resepi Ayam Masak Merah ala Kenduri, Boleh Cuba Sendiri Di Rumah

Siapa kat sini suka makan ayam masak merah yang dekat kenduri? Ayam masak merah kenduri ni biasanya lain sikit dengan rasa ayam masak merah yang biasa. Musim PKPP ni kurang sikit kan kenduri, jadi pada sesiapa yang rindu masakan ni, jom kita cuba 

 

BAHAN-BAHAN

Bahan blend

2 genggam cili kering (rebus dahulu)

1 setengah biji bawang besar

6-7 ulas bawang putih

Setengah ibu jari halia

Setengah ibu jari belacan 

2 biji Tomato besar

 

Bahan tumis

Tiga sekawan

Sebiji bawang besar (hiris)

1-2 batang serai (dititik)

4-5 helai daun pandan (kerat atau simpul) wajib ada

 

1 ekor ayam

Garam 

Kunyit

Gula

1 senduk susu cair 

 

CARA-CARA

  1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit, goreng dulu jangan garing sangat.
  2. Cedok minyak dari goreng ayam tadi dlm 3 senduk.
  3. Tumiskan dulu bahan tumis hingga semua layu, kemudian tuangkan bahan blend.

4.Tumis sehingga garing dan pecah minyak. Kalau kurang minyak, boleh tambahkan lagi.

  1. Tambahkan gula, garam dan perasa. Kemudian tuangkan susu cair.
  2. Biarkan pecah minyak lagi sekali, tambah air kalau terlalu pekat.
  3. Dah cukup rasa dan sebati, masukkan ayam goreng dan gaul. Taburkan hirisan bawang besar.
  4. Kecilkan api, tutup sekejap kuali biarkan ayam mereneh dengan sambal. Siap.

 

Lepas ni tak perlu pergi kenduri untuk makan masakan ni, boleh cuba sendiri nanti dekat rumah. Selamat mencuba!

Kredit resepi dan foto: Nor Haidah Md Said

Untuk dapatkan perkakas memasak yang berkualiti, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.