fbpx

Resipi Ayam Panggang ala Kenny Rogers Tanpa Oven

iCookAsia

Untuk resepi pada hari ini, kita akan bersama Chef Lin yang akan sediakan ayam panggang ala Kenny Rogers yang mudah sahaja disediakan.

Boleh panggang ayam di dalam Periuk Tekanan Rendah SHEFU dalam masa yang singkat. Jadi anda tak perlu gunakan oven. Bukan sahaja sedap tetapi isinya amat empuk. Jimat masa kerana kentang dan lobak merah masak sekaligus. Kuahnya juga menjadi sos yang melengkapkan hidangan enak ini.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (anggaran 1.3kg)
1 sudu besar mentega
3 sudu besar minyak
2 batang lobak merah, potong 2cm
2 biji ubi kentang, dadu 2cm
1 labu bawang Holland, dadu 2cm
1 sudu kecil herba kering
8 tangkai daun lemon thyme
2 sudu kecil tepung jagung dicampur sedikit air
Sedikit kicap pekat

Bahan Sos:
150ml air panas
1 sudu besar stok cair ayam
1/2 sudu kecil kicap manis
Garam, serbuk lada hitam

Bahan Perap:
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil serbuk cili
Garam, serbuk lada hitam

Anda boleh dapatkan Periuk Low Pressure SHEFU di https://shop.icookasia.com/

Cara Membuat:
1. Satukan semua bahan perap. Lumur seluruh ayam.
2. Panaskan mentega dan minyak. Goreng ayam sehingga keperangan. Angkat.
3. Masukkan lobak merah, kentang dan bawang ke dalam Periuk Low Pressure SHEFU.
4. Tambah herba kering dan thyme.
5. Tuangkan campuran bahan sos.
6. Letak redai di dalam periuk dan letak ayam di atasnya.
7. Tutup periuk. Masak di atas api sederhana sehingga stim keluar.
8. Perlahankan api dan masak selama 20 minit.
9. Buka periuk. Keluarkan ayam, redai, lobak merah dan ubi kentang.
10. Masukkan air tepung jagung dan kicap pekat, kacau sehingga pekat.

#ayampanggang #resepiayam #ayam

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x