fbpx

Resepi Baby Cakoi Bersos Kastard. Ini Kalau Buat, Rangup dan Lembut Sampai ke Malam!

iCookAsia

Kuih cakoi adalah antara makanan tradisional dan sos pandan yang digandingkan bersama kuih cakoi ni lah yang paling menjadi kegemaran ramai. Sos nya kena cukup rasa, baru rasa ‘perfect’, betul tak?

Tetapi berbeza dengan resipi kali ini kerana saiz yang dibuat agak berlainan daripada biasa dan ia dipanggil saiz ‘baby’. Comel, kecik dan senang untuk dicicah bersama sos kastard pandan ini. Jom cuba?

Terima kasih Siti Khadijah untuk perkongsian resipi Baby Cakoi Bersos Kastard ini 😀

Bahan Untuk Doh Baby Cakoi:
2 1/2 cawan tepung
1 sudu teh yis
1 sudu teh gula halus
1/2 sudu teh garam
250 gm air suam

Cara membuat:
1. Masukkan air suam, yis dan gula. Gaul hingga sebati.
2. Masukkan tepung dan garam.
3. Rehatkan doh selama 30 minit.
4. Selepas itu, gaul doh untuk buang udara dalam doh, rehatkan kembali selama 30 minit.
5. Sedia untuk dicanai dan goreng minyak penuh sehingga garing.

Bahan Untuk Sos Pandan Kastard
18 gm tepung
35gm gula halus
150 santan KARA
70 gm air
1 biji kuning telur
1 tsp perisa pandan
1 tsp pewarna pandan

Cara membuat:
1. Masukkan kuning telur dan gula. Gaul hingga gula sedikit larut.
2. Masukkan tepung dan gaul hingga rata.
3. Panaskan santan dan air hingga mendidih.
4. Campurkan santan ke dalam bancuhan telur sedikit demi sedikit.
5. Masukkan pewarna hijau dan perisa pandan.
6. Masak diatas api hingga pekat.

Siap untuk dihidang! Mudah kan?

Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Khadijah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x