fbpx

Resepi Berhantu Sotong Cicah Thai Sauce. Rasa Yang Enak, Pedas, Masam Dan Manis. Confirm Korang Terliur!

iCookAsia

Kalau masakan yang menggunakan cara Thailand ini pasti rasanya pedas dan of course lah yang penggemar pedas suka. Betul tak? Kalau nak cari diluar, memang payah nak cari yang kena dengan tekak atau selera kita. 

Jadi, daripada susah-susah tu apa kata kita buat sendiri. Bila buat sendiri ni, boleh lah kita adjust mengikut selera sendiri. Jom buat!

Terima kasih Saleha Maarof untuk perkongsian resipi Sotong dan Thai Sauce ini 🙂

Bahan-bahan:

Sotong segar

Cili api (merah dan hijau) 

Bawang putih (6, 7 ulas)

Sesudu sos tiram

Gula (dalam 3 sudu)

Garam (Secubit)

Sos ikan (Ini penyedap nya)

Limau nipis (Ambil jus je)

Daun ketumbar (Potong halus)

*Untuk sos nya nanti kena adjust sendiri rasa ya. Kalau suka pedas, lebihkan cili. Suka masam lebihkan sos ikan dan air perahan limau.

Cara memasak:

  1. Basuh bersih sotong. Kelar kelar kan je jangan potong.
  2. Masakkan sekejap je sotong nak kasi air dia kering. Sekejap je tau. Terbalik-terbalik kan.

Cara membuat Sos:

  1. Tumbuk cili api. Boleh campur cili merah dan hijau untuk hiasan dan extra pedas.
  2. Tumbuk kasar dan masukkan bawang putih tadi. Tumbuk lagi.
  3. Masukkan dalam mangkuk bahan yang dah tumbuk. Letak sesudu sos tiram, sos ikan dalam 2 sudu, garam gula secukup rasa. Kemudian, akhir sekali air perahan limau. Sebiji cukup, tetapi boleh adjust mengikut citarasa sendiri.
  4. Selepas itu, hiris daun ketumbar dan tabur atas sos tadi. Kalau suka sos tu berkuah sikit lebihkan sos ikan dan limau. Kalau suka pekat kurangkan sos ikan.
  5. Curah kan sos pada atas sotong tadi. Nak tuang semua boleh, nak buat cicah pun boleh. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Saleha Maarof (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x