fbpx

Resepi Bihun Goreng Udang Kering, Sedap Dan Confirm Makan Sampai Tambah Ni!

iCookAsia

Teringin nak makan sesuatu yang senang untuk dibuat tapi sedap dan mengenyangkan? Boleh lah buat resepi Bihun Goreng Udang Kering ini. Mesti tak cukup satu pinggan je makan. Tengok pun dah tau sedap. Terliur Admin tengok hehe.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Siti Rohani Sahari perkongsian resipi Bihun Goreng Udang Kering ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Untuk Dikisar):

3 biji bawang rose

2 ulas bawang putih

4 tangkai cili kering

Belacan bakar (sikit sahaja)

Asam jawa (agak besar duit 20 sen)

Bahan B:

1 paket bihun (rendam air biasa)

Udang kering (paket kecil)

12 sudu kfc gula

2 sudu kecil msg (letak hujung sudu sahaja)

1/2 sudu kecil × 7 garam (cukup rasa )

1/2 sudu kecil serbuk kunyit (Optional)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, bakar belacan.
  2. Seterusnya, kisarkan bahan-bahan A sehingga hancur. Pastikan air tidak terlalu banyak.
  3. Goreng udang kering dalam minyak. Apabila agak masak, masukkan bahan yang di blend tadi. Tumis sampai naik bau.
  4. Masukkan perasa. Tumis seketika lagi.
  5. Apabila sudah nampak pecah minyak baru masukkan bihun.
  6. Kemudian, kacau sebati bihun. Buka api perlahan sahaja untuk mendapatkan hasil bihun yang tidak hancur. Biarkan bihun jadi lembut sendiri. Kalau perlu hanya masukkan sedikit air.
  7. Akhir sekali, jika nak tahu bihun sudah masak elok, akan nampak asap di permukaan atas bihun.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Rohani Sahari(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x