in ,

Resepi Biskut Buah-Buahan Campuran Paling Mudah. Buat Jualan Ni Confirm Laku!

Admin pasti, siapa sahaja yang tidak gemar akan Homemade Cookies ni. Saiz yang kecil comel, lagi sedap dan senang dimakan. Sesuai sangat kalau ada stok berbalang-balang di rumah pada musim Online Class dan Work From Home ni kan? 

Para ibu boleh cuba dan buat Cookies di rumah. Anak-anak di rumah pasti suka. Haa, nak buat untuk jualan pada musim PKP ni pun boleh sangat!

Terima kasih Nor Azliza Mohamed untuk perkongsian resipi Biskut Buah-Buahan Campuran ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan buttercup

3/4 cawan gula kastor

1 biji telur

1 sudu kecil esen vanilla

2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung custard

1 sudu kecil baking powder

100g buah-buahan campur 

Cara membuat:

  1. Mix butter dan gula hingga sebati
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau lembut-lembut sahaja.
  3. Masukkan tepung gandum, tepung kastard, baking powder dan buah.
  4. Uli sikit-sedikit hingga doh tidak melekat di tangan.
  5. Gentel bulat-bulat dan tekan dengan hujung garfu.
  6. Bakar pada suhu 160° selama 25 minit, bergantung pada oven masing-masing. 

*kalau adunan lembik, tambah sedikit demi sedikit tepung gandum dan adunan lebih baik apabila doh tidak  melekat di tangan. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nor Azliza Mohamed (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.