X

Resepi Biskut Makmur Berintikan Kacang, Sedap Dan Cair Di Mulut

Kalau ada Biskut Makmur sedap juga kan di pagi raya. Setelah dua tahun tak beraya, mesti teringin nak buat kuih raya banyak-banyak. boleh lah cuba resepi biskut raya ini. Sedap dan cair di mulut bila dimakan. Memang nikmat rasanya.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Wan Afifah perkongsian resipi Biskut Makmur ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Untuk Doh):

4 cawan tepung (disangai sampai naik bau)

1/2 cawan gula kastor

1/4 cawan susu tepung

3 sudu besar mentega yang dicairkan (Boleh guna buttercup kalau tak suka minyak sapi)

Minyak jagung secukupnya (Tiada sukatan tapi tuang sikit-sikit)

1/2 sudu kecil garam

Cara membuat:

  1. Mula-mula, dalam mangkuk, satukan tepung, gula, susu tepung dan garam.
  2. Kemudian, tuangkan butter yang telah dicairkan, tunggu ia sejuk dan minyak jagung secukupnya.
  3. Tuang secara perlahan-lahan sambil ramas dan uli sehingga menjadi doh yang sesuai dibentuk. Cuba kepalkan, kalau kepal ia menjadi bulat bermakna okay.

Bahan B (Untuk Inti):

Kacang kisar/tumbuk 3/4 cawan (digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit)

3 sudu besar susu pekat

2 sudu besar gula halus

Secubit garam

Gaulkan kesemua bahan-bahan di atas

Bahan C:

3/4 cawan gula ising (Untuk salut)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, bentukkan doh dan letak inti kacang tadi dalamnya, tutup doh dan sempurnakan bentuknya. Terpulang pada size yang anda suka, letak kacang banyak lagi sedap.
  2. Kemudian, bakar pada suhu 150° selama 20 minit mengikut oven masing-masing.
  3. Gelek-gelekkan makmur yang telah masak dalam gula ising ketika masih suam.
  4. Akhir sekali, biar sejuk sepenuhnya, baru simpan dalam balang. Untuk adunan ni mengikut bentuk yang dibuat, boleh dapat 50 biji.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Wan Afifah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Categories: Articles Recipes
iCookAsia:

This website uses cookies.

Read More