fbpx

Resepi Biskut Makmur, Guna Bahan Yang Senang Sahaja. Yang Pasti Cair Di Mulut Bila Makan

iCookAsia

Ramai tak yang tahu Biskut Makmur ini macam mana? Jangan risau, kalau tak tahu, anda boleh cuba resepi Biskut Makmur ini. Senang sahaja dan yang pasti cair di mulut. Kalau tiada oven pun boleh buat tau.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Mariatun Bibi perkongsian resipi Biskut Makmur ini 🙂

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum

Setengah cawan gula kastor

Setengah cawan planta

Setengah cawan minyak sapi

1 cawan susu

Kalau tiada minyak sapi, boleh guna marjerin

Cara membuat:

  1. Mula-mula, goreng tepung tanpa minyak, kacau sampai kekuningan. Jangan sampai hangit. Apabila sudah kelihatan kuning, angkat dan letak dalam bekas atau besen.
  2. Cair kan planta dan minyak sapi, apabila sudah cair biarkan ia sejuk terlebih dahulu.
  3. Apabila sudah siap goreng tepung, planta minyak sapi dah cairkan, boleh masukkan gula kastor dan gaul sebati.
  4. Rasa dahulu. Kalau tidak manis boleh tambah lagi gula.
  5. Apabila sudah sebati boleh masukkan planta dan minyak sapi yang telah dicairkan tadi. Gaul rata sampai adunan boleh kepal untuk buat bulat.
  6. Jika sudah habis kepal adunan kepada bulat-bulat, boleh balut dengan susu. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mariatun Bibi(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x