fbpx

Resepi Bread Lasagna, Memang Sesuai Buat Makan Petang

iCookAsia

Kebiasaannya kita akan dengar beef atau chicken lasagna tu kan? Tapi kali ni, ada sedikit kelainan, menggunakan roti je. Memang senang la ni nak buat. Lagi sedap kalau dimakan bersama air kopi petang-petang. Memang nikmat betul.

Jom lah Admin share resepi ni dengan korang.

Terima kasih Aamie Mohd Idrus untuk perkongsian resipi bread lasagna ini 🙂

Bahan-Bahan :

(Inti)

Sebiji bawang holland dicincang

3 keping daging cincang (boleh guna jenama RAMLY )

6 biji sosej ayam (Dihiris)

3 tin sos prego (Bolognese, cendawan & carbonara)

Gula & garam secukup rasa

2 biji telur ayam

1 kotak kecik susu pure farm dutch lady

1 buku roti gardenia (Guna dalam 12 keping )

Cheese slice dan mozarella secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, tumis bawang sehingga wangi. Masukkan daging cincang dan kacau sehingga daging masak.
  2. Masukkan sosej, kacau seketika. Kemudian, masukkan ketiga-tiga sos prego tadi.
  3. Kacau sehingga sebati dan boleh masukkan air panas sedikit sekiranya kuah terlalu pekat.
  4. Perasakan dengan gula dan garam jika mahu. Kacau seketika dan boleh tutup api. Seterusnya, sejukkan.
  5. Boleh guna aluminium foil container untuk kita susun roti tersebut.
  6. Pecahkan 2 biji telur, tuangkan susu kotak dutch lady dan kocak.
  7. Celupkan roti dalam adunan telur tadi kemudian susun di foil container sebagai base.
  8. Masukkan inti yang dah sejuk atau suam di atas roti tadi dan ratakan. Kemudian, susun cheese dale.
  9. Ulang langkah 7 dan 8 lagi sekali. Kemudian, taburkan mozzarella cheese sebagai topping.
  10. Akhir sekali, bakar bread lasagna tadi pada suhu 170°c selama 30 minit (atau ikut oven masing-masing)

Korang boleh tengok video di bawah ni tau.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Aamie Mohd Idrus(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x