fbpx

Resepi Buttermilk Chicken, Memang Sedap Dan Boleh Buat Terliur!

iCookAsia

Sedap nya kalau dapat makan Buttermilk Chicken kan? Makan pula dengan nasi panas. Lagi mantap rasanya. Ratah macam itu sahaja pun dah sedap. Dengan rasa creamy dan cukup rasa menjadikan hidangan tersebut lagi menarik. Nak buat pun mudah sahaja.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Zara Latif perkongsian resipi Buttermilk Chicken ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

Isi ayam bahagian dada

1 tin susu cair

3 ulas bawang putih (potong halus mcm dadu)

4 sudu besar mentega

2 tangkai daun kari

3 biji cili padi dihiris (ikut tahap kepedasan anda)

Bahan B (Untuk Tepung Salutan Ayam):

2-3 sudu besar tepung serbaguna bestari

1 sudu kecil serbuk kari

1 biji telur

Cara membuat (Untuk Salutan Tepung):

  1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
  2. Masukkan telur, tepung bestari dan serbuk kari pada ayam. Gaul sehingga tepung sebati dan meresap pada isi ayam.
  3. Kemudian, perap selama 30 minit atau lebih.
  4. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Cara membuat (Ayam Buttermilk):

  1. Mula-mula, dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan susu cair dan masukkan ayam yang digoreng tadi.
  3. Masak sehingga kuah sedikit pekat.
  4. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zara Latif(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x