in ,

Resepi Char Kuey Teow Udang Telur Gedik, Makan Sekali Pasti Nak Tambah Lagi!

Kalau sebut je pasal char kuey teow, mesti ramai suka. Mana tidaknya, dengan rasa asap-asap tu lagi, ditambah dengan seafood seperti udang dan kerang. Tapi jangan risau, bagi sesiapa yang tak makan seafood, korang boleh je request di kedai makan tak nak seafood, pun nikmat makannya. Ini memang antara makanan kegemaran Admin la ni, jadi Admin nak ajak korang masukkan resepi ni ke dalam list makanan favourite korang. Bukan tu je tau, boleh buat sendiri je kat rumah. Senang je, yang penting ada bahan-bahan nak dibuat.

Jom kita tengok!

Terima kasih Eila Rostam untuk perkongsian resipi char kuew teow ini 🙂

Bahan-bahan:

1 bungkus kuew teow (Dibasuh dengan air panas dan ditos kering)

1 biji bawang besar (Dikisar halus)

1 labu bawang putih (Dikisar halus)

15 tangkai cili kering (Buang biji dan kisar halus), (kalau guna cili kisar – 3 sudu besar)

1 biji kiub ikan bilis diblend

½ inci belacan diblend

Udang dibuang kotoran belakang dan dibersihkan

Kucai dipotong kasar

Taugeh yg dibersihkan

2 biji telur

2 sudu besar kicap pekat manis

1 sudu sos tiram

1-2 renjis cuka

2-3 renjis kicap ikan atau sotong

1 sudu besar sos cili

1 sudu besar gula

1/2 cawan minyak untuk menumis

3-5 cawan air

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak
  2. Goreng udang terlebih dulu dan ketepikan.
  3. Masukkan bahan-bahan yang sudah dikisar dan tumis sehingga layu.
  4. Masukkan cili kisar (jikalau guna cili kisar, cuma perlu blend sekali je dengan bahan-bahan lain)
  5.  Masak bahan blend sehingga sebati.
  6. Masukkan semua jenis sos, gula di atas dan kacau sebati.
  7. Masukkan udang dan kacau sekata.
  8. Setelah rasa agak sekata, boleh masukkan kuewteow dan kacau sekata.
  9. Masukkan taugeh dan kucai, terus gaul sekata.
  10. Seterusnya, boleh mula masukkan air mengikut nak kepekatan kuah char kuew teow banyak mana.
  11. Teruskan menggaul untuk mengelakkan kuewteow hangit di bawah.
  12. Akhir sekali masukkan telur dan dikucar sedikit supaya merata di dalam kuah dan terus gaul sebati sehingga sekata, sesuaikan rasa dan dah cukup semua. Dah boleh tutup api.

Sedap ni kalau dihidang bersama dengan telur mata gedik dan cili padi jeruk!

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Eila Rostam(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.