fbpx

Resepi Cheese Kek Oreo Hasil Olahan Daripada Burnt Cheesecake. Nak Letak Serbuk Oreo Banyak Pun Boleh.

iCookAsia

Siapa sahaja yang tidak tahu pencuci mulut Burnt Cheesecake kan? Yang pernah viral pada tahun lepas. Tetapi, kali ini seorang pengguna Facebook telah berkongsikan resepi olahan sendiri kepada Oreo Cheesecake. Resepi lebih kurang sama, cuma tambahkan serbuk Oreo je. 

Buat penggemar Oreo mesti akan suka hidangan ini. Jom try?

Terima kasih Syana Anuya Manmad untuk perkongsian resipi Cheese Kek Oreo ini 🙂

Bahan-bahan:

250g cream cheese

½ cawan gula

3 biji telur

2 sudu besar tepung gandum

125 ml whipping cream

1 sudu kecil esen vanilla

Saya tambah sedikit perahan lemon

2-4 sudu besar serbuk oreo (ikut nak kurang atau lebih) 

Cara membuat:

  1. Saya guna hand-mixer (nak guna blender pun boleh). 
  2. Masukkan semua bahan-bahan tadi (kecuali serbuk oreo) dan pukul sehingga sebati. Setelah siap masukkan serbuk oreo dan kacau sebatikan dengan cara kaup balikkan dengan senduk saja. 
  3. Alaskan loyang dengan baking paper dan sapu keliling loyang dengan butter supaya senang nak keluarkan kek nanti. Panaskan oven dulu. Masukkan adunan tadi dan bakarlah menggunakan suhu 160°C lebih kurang 25-30 min. 
  4. Jika suka lebih gelap di atasnya boleh tambah masa lagi. 

*Sila adjust suhu dan masa mengikut oven masing-masing ya.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Syana Anuya Manmad (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x