fbpx

Resepi Confirm Jadi, Jom Buat Lasagna Sedap Dari Che Nom!

iCookAsia

Kadang-kadang, teringin nak makan hidangan western kan? Ada daging, ayam dan boleh feeling makan hidangan luar. Nak lagi sedap, tambah cheese. Perfect untuk sesiapa yang sangat suka cheese dan western food.

Terima kasih Che Nom untuk perkongsian resipi Resepi Lasagna Sedap ini 🙂

Bahan- bahan:
Bahan-bahan untuk sos bolognese:
3-4 sudu besar minyak zaitun
1/2  biji bawang holland
3-4 ulas bawang putih
400 g daging atau ayam kisar
1/2-1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 batang lobak merah
1 biji capsicum
2 tin atau 800g tomato pomodori atau whole tomato
2 keping daun bay kering
1/2-1 sudu besar Italian Herbs
2-3 sudu besar pes tomato
1/2 kiub stok lembu atau ayam
1/4 cawan susu full cream
Gula dan garam secukup rasa
8-12 cendawan butang

Nota tambahan: Kalau tak ada tomato pomodori atau whole peel, boleh ganti tomato puree anggaran 300 g-400 g. Boleh letak sikit-sikit dulu dan rasa tahap masam kuah.

Bahan-bahan untuk sos bechamel:
3 sudu besar atau 43 g mentega tidak bergaram
2 sudu besar tepung gandum
2 1/2 cawan susu full cream
1 sudu besar serbuk cheese parmesan
2 keping keju cheddar (Kalau tak guna cheddar, boleh tambah lagi 2 sudu besar serbu parmesan)
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam

Bahan-bahan untuk lapisan lasagna:
Cheese mozarella secukupnya
Serbuk cheese parmesan secukupnya
Kepingan lasagna (Boleh guna yang tidak perlu masak atau perlu masak dahulu)
Kepingan aluminium (untuk bakar)

Cara Membuat (Sos Bolognese):

  1. Mula-mula, potong dadu bawang holland dan lobak merah.
  2. Cincang halus bawang putih dan lada benggala serta hiris kasar cendawan.
  3. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang holland tetapi jangan terlalu garing.
  4. Masukkan bawang putih, daging kisar atau ayam kisar. Kerap kacau sehingga air daging kelihatan kering.
  5. Masukkan serbuk lada hitam, lobak merah dan lada benggala. Tutup dan masak dalam anggaran 5 minit.
  6. Sesudah itu, masukkan tomato dalam tin, daun bay kering, serbuk Italian herbs, pes tomato, stok lembu dan ayam dan susu full cream.
  7. Tambah garam dan gula secukup rasa serta masukkkan cendawan butang dan sedikit serbuk lada hitam.
  8. Masak sos dalam 5-10 minit sampai sos bolognese menjadi pekat.

Cara Membuat (Sos Bechamel):

  1. Panaskan kuali dan mentega tak bergaram.
  2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga masak sekata.
  3. Masukkan susu full cream, serbuk cheese parmesan, keju cheddar lalu masak dan kacau sehingga sos menjadi pekat.
  4. Tambah serbuk lada hitam dan sedikit garam.

Cara Membuat (Untuk Penyediaan Lasagna):

  1. Letak dan ratakan sederhana sos bolognese sebagai lapisan pertama.
  2. Susun kepingan lasagna sehingga tutup kesemua permukaan lalu diikuti lapisan sos bolognese, sos bechamel, serbuk cheese parmesan, cheese mozzarella dan kepingan lasagna.
  3. Kemudian, ulang mengikut turutan yang sama sehingga penuh bekas dan lapisan terakhir adalah cheese mozzarella.
  4. Bakar dengan suhu 170Ëš, 30-40 minit.
  5. Pada 10 minit terakhir, bakar lasagna tanpa kepingan aluminium dan sambung bakar.
  6. Lasagna kemudian sudah siap dan boleh dihidang.

Tips:

  1. Masak kedua-dua sos bolognese dan bechamel dengan api yang sedarhana atau perlahan.
  2. Jika menggunakan mentega bergaram, tidak perlu letak garam tetapi kalau rasanya masih kurang masin, boleh saja tambah garam.
  3. Balut bekas lasagna dengan kepingan aluminium supaya bahagian dalam lasagna masak dahulu dan bahagian atas terlebih masak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Che Nom(YouTube)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x