fbpx

Resepi Crab Croquettes, Lagi Sedap Dengan Mozzarella Cheese!

iCookAsia

Siapa sini peminat cheese? Mesti anda semua suka kan kalau boleh tarik macam corndog tu hehe. Kali ni Admin nak share satu resipi yang sangat sedap dan senang je nak buat. Guna isi ketam tu je tau. Bukan itu sahaja, crunchy dan memang sesuai kalau terasa nak mengunyah.

Jom.

Terima kasih Adelwhooo untuk perkongsian resipi Crab Croquettes ini 🙂

Bahan-Bahan:

Butter

Bawang holland

Crab stick

Daun bawang

Tepung gandum

Susu segar

Garam dan black pepper

Mozzarella

Tepung bestari

Telur

Panko atau breadcrumbs

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, cairkan butter dan tumiskan bawang holland sampai layu dan kelihatan keperangan.
  2. Masukkan isi ketam dan daun bawang. Kacau sehingga layu. Ketepikan.
  3. Cairkan butter lagi. Masukkan dua sudu tepung ke dalam kuali tersebut dan susu segar sedikit demi sedikit.
  4. Masukkan black pepper dan garam. Kacau sehingga sebati. Chill kan dalam ice box untuk memastikan senang nak handle.
  5. Bentukkan adunan tadi secara bulat dan letakkan cheese (Kalau taknak letak cheese pun boleh).
  6. Kemudian, salutkan dengan tepung bestari, telur dan breadcrumbs.
  7. Dah boleh goreng.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Adelwhooo(Instagram)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x