X

Resepi Cucur Ikan Bilis, Mudah Dan Kejap Je Dah Siap

Kadang-kadang buntu tak tahu nak buat apa untuk sarapan. Kalau makan simple pun dah sedap. Jangan risau, boleh try resipi ni, senang je nak buat and confirm kenyang lah.

Jom kita buat!

Terima kasih Liyana Ahmad untuk perkongsian resipi Cucur Ikan Bilis ini ๐Ÿ™‚

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum

1 labu bawang besar (Dipotong secara dadu)

Segenggam ikan bilis (Boleh kisar atau tumbuk halus jika suka)

Garam secukup rasa

2 cawan air panas mendidih

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, satukan tepung gandum dan bahan-bahan yang lain tanpa air.
  2. Pastikan gaul rata.
  3. Seterusnya, baru masukkan air panas mendidih sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati. Pastikan gaul pakai senduk ya sebab panas.
  4. Kemudian, biarkan sekejap. Basahkan tangan dengan air.
  5. Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan. Buat sehingga habis.
  6. Akhir sekali, dah boleh mula untuk menggoreng dengan api yang sederhana sahaja.\
  7. Pastikan untuk goreng sehingga kelihatan kekuningan atau garing.

ย Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! ๐Ÿ˜‰

Kredit resipi dan gambar: Liyana Ahmad(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik โ€“ https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Categories: Articles Recipes
iCookAsia:

This website uses cookies.

Read More