fbpx

Resepi Cucur Udang yang Mudah dan Sedap, Boleh Buka Gerai!

iCookAsia

Cucur udang merupakan juadah kegemaran rakyat Malaysia terutamanya untuk menu minum petang. Resepinya pun mudah sahaja, bahan-bahan pun memang senang dan mudah untuk didapati. Jom kita tengok dan cuba resepi ini. Lepas ni bolehla buat sendiri, nak jual pun boleh!

Terima kasih kepada saudari Anirusni Bt Mat Rozi – mekji sudi berkongsi resepi ini.

BAHAN-BAHAN

2 1/2 cawan tepung tepung naik sendiri-

1 sudu besar tepung beras

1 biji telur

Semangkuk udang kecil- buang kepala, ekor & kulit udang semua

3 biji bawang besar holland- belah 2 dan hiris2

Rm1 taugeh

Secekak daun kucai- kerat-keratkan 2 inci

2 biji cili merah- potong kecil

1/2 sudu kecil lada sulah

Garam, gula & aji

Air sejuk peti ais untuk bancuh tepung

 

CARA-CARA

  1. Bancuh tepung-tepung dengan telur & air sejuk hingga adunan sepekat kita buat cekodok bilis.
  2. Kemudian masukkan semua bahan lain, gaul sebati.
  3. Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali kemudian goreng cucur seperti biasa sehingga keemasan.

P/s: kalau nak tambah carrot pun boleh.

Sos pencicah

5 senduk cili blend

7 ulas bawang putih- tumbuk halus

Gula pasir @ gula melaka secukup manis yg anda suka

Garam secukup rasa

2 sudu besar Cuka

3 sudu besar Sos cili

1 sudu besar Sos tomato

3 cawan air

CARA-CARA

  1. Masukkan semua bahan, masak sampai pekat (api kecil sahaja)
  2. Biarkan masak sampai betul-betul pekat yang anda mahu. Siap.

Mudah je kan? Selamat mencuba!

Untuk membeli perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x