X

Resepi Daging Dendeng, Makan Dengan Lemang Sedap Ni!

Kebiasaannya kita akan makan Daging Masak Merah ataupun masakan lain kan tapi kali ni, Admin nak share dengan korang satu resipi simple untuk buat Daging Dendeng. Dengar pun dah sedap kan. Apatah lagi makan dengan lemang atau ketupat, lagi nikmat rasa dia.

Jom Admin tunjuk cara-cara nak buat.

Terima kasih Nor Nurul Jannah Nouroules untuk perkongsian resipi Daging Dendeng ini 🙂

Bahan-Bahan:

Daging

Kicap manis

Bawang kecil

6 batang serai

Cili kering

Bawang besar

Bawang putih

Halia

Biji ketumbar

Air asam jawa

Gula

Garam

Perasa

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, daging lembu mesti direbus empuk dengan kicap manis. Pastikan air rebusan tadi disimpan sedikit. Potong daging nipis-nips, goreng dan tumbuk. Ketepikan.
  2. Bawang kecil hiris nipis-nipis dan goreng garing. Minyak yang digunakan jangan buang tau. Simpan.
  3. Seterusnya, guna minyak bawang tadi dan goreng 6 batang serai. Pastikan goreng sedikit garing dan angkat. Ketepikan.
  4. Tumiskan cili kering, bawang besar, bawang putih, halia dan biji ketumbar yang telah dikisar halus.
  5. Masukkan hirisan serai, tumis sampai pecah minyak. Kemudian masukkan air rebusan daging dan air asam jawa. Biarkan ia mendidih.
  6. Masukkan daging yang ditumbuk dan serai yang telah digoreng. Gaul rata dan perasa kan dengan gula, garam dan perasa Biar kan kering.
  7. Akhir sekali, masukkan bawang goreng dan gaul rata.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nor Nurul Jannah Nouroules(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Categories: Articles Recipes
iCookAsia:

This website uses cookies.

Read More