in ,

Resepi Daging Masak Hitam Cili Padi. Ikut Cara Perapan Daging Ini Untuk Daging Lagi Cepat Lembut.

Buat peminat Daging, masakan Daging Masak Hitam ini pasti menjadi kegemaran anda. Ditambah pula dengan Cili Padi, lagi pedas lagi sedap. Betul tak? Tetapi, pernahkah anda alami di mana apabila anda makan daging, dan ianya tidak begitu lembut?

Jangan risau. Disini Admin kongsikan tips atau cara daripada seorang pengguna Facebook ini cara perap daging dalam 1 jam atau lebih. Juga ada bahan yang digunakan untuk mempercepatkan proses untuk daging itu lembut. 

Terima kasih Yana Jais untuk perkongsian resipi Daging Masak Hitam Cili Padi ini 🙂

Bahan-bahan:

Daging ½ kg atau 1 kg

Bawang Putih, Merah, Halia, Serai, Cili Padi (Ikut tahap kepedasan) 

4 Sekawan

Kerisik 2-4 sudu, Minyak Masak

Kicap Pekat, Serbuk Daging Masak Hitam

Cara untuk Perap Daging 1 jam/ lebih:

Perap Daging ½ kg

Minyak Masak 2-3 sudu

Kicap Pekat

Serbuk Daging Masak Hitam 2-3 sudu

Bawang Putih & Halia tumbuk untuk proses lagi cepat Daging Lembut sewaktu perap

 

Cara memasak:

  1. Tumbuk Bawang Merah, Putih, Halia.
  2. Panaskan sedikit minyak, Tumis 4 sekawan sampai naik bau.
  3. Tumis bahan tumbuk dan serai (diketuk).
  4. Masukkan Daging yang sudah diperap. Masak sekejap dan kemudian masukkan air 200ml.
  5. Masak Daging sebentar. Masukkan kerisik & kicap Pekat [email protected]
  6. Masak sehingga air kering sedikit. Masukkan Cili padi dan hirisan Bawang.
  7. Masak sehingga kering dan perasakan garam secubit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Yana Jais (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0